Tuesday, July 24, 2012

Spiritual Preparation for PDYD 2

Pusat Formasi atau Formation Centre Holy Name of Jesus di Balik Pulau dimeriahkan dengan program Weekend Recollection dan aktiviti yang disertai oleh 28 ahli Penang Diocesan Youth Day II (PDYD 2). Program yang menggabungkan semua ahli jawatankuasa utama (Main Oraganizing Comittee) dan tempatan (Local Organizing Comittee) PDYD 2 ini berlangsung selama 2 hari, iaitu bermula 14 hingga 15 Julai dengan tujuan untuk mempersiapkan semua ahli dari segi rohaniah untuk sambutan PDYD 2 serta untuk menguatkan kerjasama antara ahli jawatankuasa. Tema untuk program ini adalah ‘24 Hours with God : Service and Fellowhip... Discipleship and Evangelisation’.


Program dimulakan dengan doa pembukaan. Para peserta program berada dalam keadaan sunyi untuk mengenang kembali pengalaman mereka masing-masing terutama sekali yang berkaitan dengan persiapan untuk PDYD 2. Ini diikuti dengan sesi ceramah berkenaan Service yang diberikan oleh Sr. Gertrude Tan, IJS.

P. Kevin Eruthayanathan mengendalikan satu sesi berkenaan Fellowsip yang menekankan tentang perhubungan kita dengan Tuhan yang mengalir dan terpancar menerusi perhubungan kita dengan individu lain. Dia menggalakkan para peserta program untuk mengenali dan mengenalpasti kelebihan antara satu sama lain yang secara tidak langsung akan merangsang serta menggalakkan kerjasama mereka. Malam tersebut diakhiri dengan sebuah permainan bernama Taboo yang membantu kita untuk memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain sebagai satu kumpulan.

Acara kemuncak untuk hari pertama bagi program ini adalah perayaan Ekaristi bersama-sama dengan ahli paroki gereja Holy Name of Jesus dan Ikon serta Salib PDYD 2 dibawa sebagai persembahan semasa perayaan Ekaristi ini. Fr. Dominic Santhiyagu, Pengarah Youth Network Keuskupan Pulau Pinang, mengajak dan menggalakkan ahli paroki berdoa untuk kejayaan perayaan PDYD 2.


Hari kedua bermula dengan sesi ringkas puji dan sembah seterusnya diikuti sesi oleh Fr. Dominic Santhiyagu, iaitu Discipleship and Evangelisation. Dalam ceramahnya, Fr. Dominic berkongsi tiga jalan untuk mengikuti Tuhan (Discipleship) yang merangkumi panggilan sebagai pengikut, membuka hati untuk menerima Tuhan dan membawa berita baik mengenai Tuhan kepada orang ramai, terutama sekali kepada para belia.

Program 24 Hours With God atau 24 jam Bersama Tuhan diakhiri dengan sebuah perayaan ekaristi yang menyemarakkan semangat para pemimpin-pemimpin belia ini untuk bergerak maju dan terus bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk memastikan kejayaan PDYD 2.

Untuk maklumat lanjut tentang PDYD 2, sila layari laman blog www.pdyn10.blogspot.com dan facebook www.facebook.com/PDYD2



Diterjemahkan oleh :

Claire Marie Puyang

No comments:

Post a Comment